Saturday, December 29, 2012
Wednesday, December 26, 2012
Kek coklat strawberry berkacang.
Tuesday, December 25, 2012
Biru... pilihan Pn Saniyah
Bila ditanya warna pilihan.....spontan jawab nya ..biru, dan memang pilihan terbaik, hasilnya cantik manis je warnannya. |
Saturday, December 22, 2012
Cake of the year......2012, Tq Datin.
Assalammualaikum....dapat merealisasikan impian pengantin nak kek sebegini rupa. Selamat Pengantin Baru dari SAG. |
Pentas yang dihias cantik, nampak lebih gah bila dilengkapkan dengan kek bertingkat warna sedondon. |
Sentuhan terakhir dari SAG, bunga dilekatkan dengan penuh hati-hati, kalau boleh tak mau ada sikit pun kecacatan. |
Kek ni ditingkatkan dengan gelas kristal..menambahkan lagi seri kek lima tingkat dari SAG. |
Tiga tingkat teratas......komen dari kawan-kawan...canntikkkk, memang rasa kepuasan di hati, lebih-lebih lagi semuanya sentuhan jejari sendiri. |
Saturday, December 15, 2012
Durian crepe/pancake. Cantik dan sedap.
Assalammualaikum....hari ni anak sulung singgah bersama keluarga mertuanya..balik dari bercuti di P.Pinang, nak minum petang je katanya. SAG buatkan mee goreng udang..mmg faberetnya sejak dulu..desertnya SAG buatkan durian crepe ni..ada juga red velvet adunan lebih dari buat cupcake hari tu. SAG rasa semua orang pun dah pandai buat DC ni...cuma SAG tertinggal keretapi baru hr ni nak mencuba.. Alhamdulillah ...walaupun pertama kali mencuba tapi hasilnya tak mengecewakan. resepinya diolah dari dapur Citarasawan...tk ye. SAG gunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je...yg tak de tu tak jadi masaalah. Ok..kita semak resepi: (didoublekan dr resepi asal)
Bahan-bahannya
- 60 gm tepung super soft
- 60 gm tepung castad
- 40 gm tepung jagung
- 40 gmtepung ubi
- 1 biji telur
- sikit garam
- 200 ml santan pekat (kotak)
- 200 ml air
- 1 sudu besar mentega cair
- campurkan semua bahan di atas, guna garpu saja..dah rata tapis...lihat kepekatanya..kalau pekat tambah air lagi.
- Panaskan kuali (non-stick pan)...dan boleh le melenggang adunan macam buat ketayap tu. Buat sampai habis.
- Sementara tunggu kulit ni sejuk ..putar whipping cream anggaran 1 cawan..sehingga kental.
- Sediakan juga isi durian.dah boleh mula membungkus..Bahagian licin di luar...letakkan sesudu besar whipping cream..isi durian dan tutup semula dengan cream tadi, dan bungkus kemas-kemas. Buat sampai habis. itu sahaja. SUPER EASY! Hasilnya mmg cantik dan sedap.
Tambahan: Setelah dibuat 2 kali cubaan, teksturnya lebih lembut bila ditambah 40gm tepung sagu dan sebiji lagi kuning telur.
Selamat mencuba dari SAG dan terima kasih kepada Citarasawan Tk kasih juga kat Dik Im....tolong ambik gambar...cantikkk..
Catatan: kalau dibuat setengah dari adunan di atas kita boleh dapat 12 atau 13 kulit crepe durian ni.
Catatan: kalau dibuat setengah dari adunan di atas kita boleh dapat 12 atau 13 kulit crepe durian ni.
Thursday, December 13, 2012
Peach............oren...memang cantik
Assalammualaikum......siap sudah bagai diminta |
Sebahagian dari cup cakes hantaran... |
Sentiasa cuba untuk beri yang terbaik.... |
Terima kasih dik Im yang rajin membantu. Terima kasih juga kepada Pn Azimah mencari SAG. |
Wednesday, December 12, 2012
Pink meroon.....cantikkk
Friday, December 7, 2012
pink lagi.......cupcakes doorgift
Tempahan tambahan dari Teluk Intan......sebelum ni dah buatkan 500 biji sebagai doorgift..minta tambah lagi untuk kawan-kawan yang tak dapat pada majlis tempoh hari. Tk dari SAG |
Si baldu merah.........red velvet 3 tingkat
Hari tu berkesempatan buat kek red velvet....3 tingkat sekali....alhamdullah...cantik kejadiannya..rasa pun sedap. |
ni tumpang bergambar kat rumah pengantin....cantik hiasan pelamin dan meja keknya....terima kasih kepada Mahathir dan Nasya..dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dari SelagiAdaGula. |
Wednesday, November 28, 2012
majlis 18.11.2012
Monday, November 26, 2012
panik sekejap......
Assalammualaikum semua....memang panik sekejap bila blog SAG tak boleh masuk entry baru...penuh katanya....dan puas juga anak bujang ni google nak tolong buat cam mana...jumpa satu cara...tapi susah pulak..complicated sangat...tu yang terdiam sekejap...tapi hari ni ...dengan tak sengaja jumpa blog qaseyhoney.blogspot.com...........dalam satu group masak-masak.....ada tutorial yang sangat lengkap 'bila picasa album penuh'.......terus telepon anak bujang ni...dan dengan rajinnye pulak terus buat....dan menjadi...terima kasih Dik Im dan terima kasih QH.....
Thursday, November 15, 2012
cupcakes 500........door gift
Assalammualaikum semua.......lega sangat bila 500 biji cup cakes ni dah siap....rehat sekejap....sementara nak sambung lagi untuk esok ...dua set kek kawin pulak. Tk semua. |
Saturday, November 3, 2012
hijau pucuk pisang...........cantik
nutty creamy cupcakes.....sedapnya bau kacang
Assalammualaikum semua.....apa khabar...maaf ye..lama tak meng update blog....cup cakes ni gambarnya diambik 22 hb yang lepas...hari ni baru berkesempatan nak tayang kat sini....keknya kek biasa je...tapi krimnya....kita buatkan krim yg ditambah dengan creamy peanut butter...mmg sedap. Tk dari SAG.
Subscribe to:
Posts (Atom)