|
Assalammualaikum.....sarapan apa pagi ni..., dan insyaallah tinggal sehari saja lagi untuk kita bersarapan, mungkin Isnin kita berpuasa. Pagi ni sambil-sambil goreng bihun sempat pula buat apam mekar ni... Sebenarnya rindu nak buat apam yang guna tapai nasi tu...Tapi bila nak buat tengok tapainya tak berapa nak elok ...jadi disbbkan teringin sangat nak buat apam...kita pun lawat-lawat le blog member-member masak ni dan jumpa resepi ni dr ....issh tak catat pula dari mana.. izinkan saya cuba dan kongsi-kongsi di sini ye....Caranye mudah je...bahan pun semua ada kat dapur...tapi masa mengadunnya tak berapa nak ikut cara yang diberi...ingatkan dah tak jadi tapi alhamdullilah jadi juga.. rasanya ok lah,, cuma pada saya.... yang guna tapai nasi tu lagi sedap agaknya....nanti kalau berkesempatan kta kongsi sama.....
bahan-bahan |
120 gm pasir
120 gm gula melaka dihiris
150 ml air
semua tu masak, tapis dan sejukkan
1/2 sudu teh yis kering bancuh dgn 2 sudu ar suam dan ketepikan
250 gm tepung gandum )
1/2 sudu teh bicabonatsoda ) ayak sekali
1 biji telor - pukul sikit
100 ml minyak masak
cara;
masukkan tepong dalam air gula, gaul, masukkan yis, telur dan kacau sebati, tuangkan minyak sikit2 sambil dikacau rata. masukkan dalam acuan kecil dan kukus 20 minit. pastikan air kukusan mendidih. Sedap juga dmakan bersama kelapa parut masin sikit.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment