Sunday, June 24, 2012

Talam Suji.............kuih minum petang ni.

Assalammualaikum semua.......order minggu ni dah selamat hantar Jumaat yang lepas... dan Sabtu  n Ahad ni terasa kosong sangat ..anak-anak pun tak balik..depa semua nak balik minggu depan...sepupunya bertunang.

Bila dah rasa lapang sangat tu.....mula pulak jalan-jalan kat blog masak-masak   kawan-kawan blogger kita.., cari resepi  sedap dan senang nak buat....En. suami je balik...dia mmg suka makan kuih-kuih jenis kukus ni...tapi kena kawal makannya..tak boleh hidang semua...pelan-pelan nanti boleh habis semua.....

Dan alhamdulillah....terbaca pasal talam suji ni....yang semua pun komen sedap....dan bahan pun semua ada kat dapur,  pergi pasar pagi tadi cuma beli santan je.. dan lepas sarapan.....sebelum masak tengahari kita buat dulu talam ni...untuk minum petang..Sebelum share resepi minta izin dulu dr Home Sweet Home...resepinya kita ambik dari sana...yg HSH pula copy
dari CMG. ..Terima kasih semua..ok kita semak resepi...
Bahan lapisan bawah: 
90 gm suji
225 ml air
rendam 30 minit (terus rendam dalam periuk)

100 gm gula halus
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
sikit warna kuning
vanila sikit
semua bahan ni dicampur dan tapis dalam periuk suji tadi....kacau atas api sederhana...hingga agak pekat, dan kukus dalam tin 8 x 8 in beralas plastik 20 minit.

lapisan Atas
150 gm gula melaka
25 gm gula halus
250 ml air
daun pandan
(bahan ni masak dan sejukkan dan tapis)
75 gm tepung gandum
1 biji telur
125 ml santan pekat
campur semua bahan , tapis dan kacau hingga naik wap...tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi 25 minit.Nota:gula merah yg kita  guna tak berapa nak gelap ..kita tambah sikit coklat emulco nak dapatkan warna coklat...rasanya tak berubah pun . wahhh letihnya taip banyak ni......ok selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment