Assalammualaikum..........ramadhan 16 dah......kejap je...hari ni cuti..esok Perak cuti lagi......ramai yang ambik kesempatan buat persiapan untuk hari raya.....ada yang dah mula buat biskut raya....kita kat rumah ni....kemas-kemas dapur dulu....basuh tray, basuh balang kuih....dan beli-beli barang keperluan dulu....tak ambik tempahan pun...rasa relax sangat pulak... sllnya masa-masa cam ni dah tak menang tangan.....tahun ni cuma buat untuk sendiri dan untuk bonda kat kampung......anak-anak pun dah besar panjang.....dah tak bising nak buat biskut ini...biskut itu......tu yang langsung tak boleh mula lagi nak buat biskut ni.......seronoknya ingat masa budak-budak ni kecik-kecik dulu......wah.. panjang pulak celotehnya.....kita tengok juadah berbuka petang ni.....untuk makan-makan sendiri kita buat kuih badak beendam ni cara kita.....sbb ada org lain buat.... lain caranya...... cara kita; Inti kelapa manis secukupnya daun pisang untuk bekasnya...tak nak pun tak pe..guna bekas-bekas kecik je kulitnya.. tepung pulut air pandan kalau suka garam sikit buatkan dohnya. cara.......leperkan doh..letakkan inti yang sedia dibulatkan terlebih dahulu....cantum semula..dan bulatkan, letakkan/susun dalam bekas daun pisang tadi...hingga habis sos putih tu; kita perlukan santan pekat...campur ngan air sikit dan sedikit tepung beras...larutkan...dan tuang dalm bekas daun pisang tadi..siap semuanya...bolehlah dikukus.. Cara lain.....ada yang buat macam cara kita buat buah melaka...masih ada inti ye.... sos putihnya dimasak terlebih dahulu kuih yang dah masak tadi (timbul) bila direbus...masukkan dakam bekas dan tuangkan sos putih yg dah masak tu...
ok...boleh cuba mana-mana satu yang difikirkan senang....Selamat mencuba. |
No comments:
Post a Comment