Wednesday, August 1, 2012

Kaswi gandum......cara nak cepat


Assalammualaikum..............mula-mula tayang gambar kuih kaswi ni ...ada kawan yg komen kenapa diterbalikkan ...sebenarnya ni bukan kuih lompang yang ada lesung pipit tu.......ni kuih kaswi yang rata je permukaannya...kita mmg suka buat kuih dalam bekas-bekas kecik ni....sbb cepat masak...tu je...kuih kaswi ni mmg sedap...dan dah ramai juga yg dah cuba......tak ingat pula ambil dr mana...CMG dah buat..Liza dah cuba....resepinya pun kita ambil dari sana......cuma bila buat kuih ni kita suka juga mempercepatkan prosesnya...al-maklum...balik dah lewat....nak juga buat kuih sendiri....
Bahan:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
ayak dan ketepikan
 
1 cwn gula merah
1 cwn gula halus
1 helai daun pandan
11/2 cawan air
Semua ni masak - hingga gula cair
31/2 cawan air campurkan dalam air gula tadi.....biar cepat sejuk...dan boleh terus masukkan dalam tepung...kacau..tapis dan masukkan dalam loyang atau apa-apa bekas kecik dan kukus hingga masak....Loyang bulat 8 in.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment