SAG memang tak sampai hati nak hampakan permintaan siapa-siapa juga yang nak menempah kuih/kek dan sebagainya.. Seboleh-bolehnya nak penuhi permintaan tu...tapi kadang-kadang tak daya juga...Kek pandan lapis ni ...dulu pernah bawa ke jamuan di sekolah...lama dah..tapi bila tiba-tiba ada guru yang teringin ...mmg tak sampai hati nak tolak....tau pulak yang cikgu ni mengandung...aduiii...tu yang buat juga...SAG selalu rasakan cikgu-cikgu baru ni macam anak-anak saja...apa-apa permintaan anak-anak tu..terus nak sediakan...Kek ni juga kalau nak buat tu kena buat dua biji..sebab oven besar ...rugi je kalau buat sebiji...dan kebetulan juga ada bekas kosong yang belum pulangkan pada tuannya...jadi SAG buatkan untuk isi bekas ni juga....Tk semua..kerana perkara-perkara macam ni...SAG sibuk di rumah dan tak le baring ..tidur dan menanti hari pagi. |
No comments:
Post a Comment