Assalamualaikum....juadah minum petang 31.8 yang lalu, teringin sangat nak roti jala ngan kuah durian, kat Ipoh dah kurang durian tapi cari juga..nasib baik jumpa.....petang tu juga sebenarnya ada rakan yang datang bertamu...
Anak-anak kat rumah ni ..makanan manis-manis tak berapa nak suka, kalau buat tu bukan sebagaai makanan utama, sampingan saja..yang utamanya ....macam bihun goreng, mee goreng atau nasi goreng. Anak ramai ....kegemaran pun lain-lain.
Dan yang ni pulak, dibuat kali kedua... permintaan Dik Im..katanya cantik dan nampak sedap bila dik Im tengok dalam entry yang mula-mula. Kebetulan dik Im balik hari Jumaat tu...maknya tak sampai hati..ada masa dan ada bahan-bahan kat dapur ...terus buatkan ..juga untuk minum petang tu.
Sebenarnya bukan ni aje permintaan Dik Im...minta juga buatkan cornflake madu..nak sebalang penuh..permintaan si bongsu ni jarang nak dihampakan..buat juga...dah balik ke asrama maknya hantar pada hari Ahad tu..semua nak dibawa. Harap dik Im belajar rajin-rajin tak hampakan pulak harapan mak nak tengok Dik Im dapat keputusan terbaik nanti.
No comments:
Post a Comment