Tuesday, July 3, 2012

kek pandan santan.........buatnya mudah rasanya sedap

Assalammualaikum......malam ni sambil-sambil basuh pinggan kat dapur  teringat pulak nak try buat kek ni. Senang sangat caranya...campur saja semua bahan dan putar 6 , 7 minit maksimum dan masuk dalam acuan terus bakar 30 minit dah siap (ikut oven masing-masing ye)




Sebelum tu nak cerita sikit....kek senang ni SAG dah mula buat sejak umur belasan tahun lagi...masa tu guna pasu dan guna pemukul bahulu yang spring tu....enjut sampai adunan tu mak kata dah putih baru berenti.....acuannya guna periuk bengkang saiz kecik..Resepinya sebenarnya guna saja resepi untuk buat kuih apam seri ayu....cuma seri ayu tu dibubuh dalam acuan kecik yg comel dan kukus dan yg ni dibakar. tak percaya sila buat...senang, sedap dan harum bau pandan.
nak lg senang letak je pewarna hijau epal dan masukkan sikit perisa pandan. Resepi semak dalam kuih apam seri ayu.

No comments:

Post a Comment