Sunday, September 14, 2014

Kek Butter Warna Warni....Kegemaran Dik Im

Assalamualaikum...selamat pagi.....ni kek warna warni (permintaan Dik Im) minum petang kelmarin ..Setiap kali balik bercuti memang minta buatkan kek pelangi katanya..nak tambah sikit bahan lain pun tak mahu. Nak yang rasa asli..Dan bagi peminat kek begini mmg tak mau kalau ditambah apa-apa pun...

Bila diminta buat kek ni...cepat je maknya ke dapur keluarkan bahan-bahan ...kebetulan bahan memang ada...kalau tak diguna nanti takut pulak expired..selalunya SAG buatkan cara kek Ombak Rindu  tapi nak buat cara lain sikit pulak kali ni..Di sudukan je masukkan dalam tin kek ikut warna yg berbeza...(maaf ye kalau yang tak suka warna warni abaikan jer). Masih kekalkan cara Ombak Rindu...tapi tak berapa nampak garis coklat tu...

Resepi dan cara...masih gunakan resepi kek butter biasa, cumanya yg ni lebih lembut dan lebih moist...sbb... dengan beraninya tambah 50gm susu segar dalam adunan.
Bahan; Adunan kek  ni..kelmarin..dan selalunya SAG timbang bahan berdasarkan kepada berat telur tanpa kulit.
Tin yg digunakan 9in x 9in.
5 bji telur (265 gm tanpa kulit - sejuk keluar dari peti sejuk dan pukul sikit ratakan putih kuningnya)
Ketepikan dulu.

265 gm butter (kelmarin guna buttercup)
250 gm gula caster
----putar hingga kembang dan putih
     masukkan telur sikit sikit sambil putar agak laju..habiskan telur tu.

270 gm tepung kek (kelmarin tepung kek hanya ada 180 gm jer jadi dah campur 90 gm tepung gandum ros)
11/2 sudu teh baking powder
----ayak sekali
     masukkan tepung yg dah diayak ni dalam adunan butter yg dah kembang tadi - putar perlahan
50 gm susu segar
1/2 sudu teh vanila.
----kaup balikkan saja biar rata.
Bahagikan ikut warna yg disukai (ditegaskan sekali lgi kalau suka ye)..Sudukan dalam tin kek ikut warna berbeza..setiap sudu adunan diayak sikit koko powder atasnya. kalau tak letak pun tak pe. Buat hingga adunan habis.
Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment