Monday, February 3, 2014

Lily....Biru cantikk

Assalammualaikum.......jumpa lagi, sekarang ni tak boleh nak menaip hari-hari kat SAG ni..internet masih problem kat rumah, agaknya dah sampai masa nak kena tukar..dah lama guna P1Wimax tu...banyak kerja tertunda. Adik Im pun dah marah...kerja dia pun banyak tak boleh buat...nantilah mak fikirkan..

Kek biru bunga lily ni siap Jumaat lepas 31.1 dan diambil tuannya lepas asar petang tu. Nak cerita sikit...punya la takut nak melapis kek ni...sebabnya...kek bahagian atas lebih berat dari kek di bawahnya...bahagian atas kek buah  dibalut fondand dan bahagian bawah kek red velvet cream cheese frosting...adoiii memang ketar sikit...tapi alhamdulillah dengan sikit kemahiran yang ada kek ni selamat di bawa ke Batu Gajah untuk majlis keluarga....

Kek ni pulak didesign oleh suami Pn. N...memang kreatif orangnya....nak bunga lily besar 7 kuntun dan lily kecil 9 kuntum sebagai simbolik 79 tahun  umur Atuk Man...dan SAG tambah pula bunga besar biru 6 kelopak...sbb ada 6 orang yang sambut birthday/aniversary pada masa yang sama...pilihan warna sky blue bila digabung dengan warna ivory...sweet sangat. Terima kasih Pn. N dan suami.

No comments:

Post a Comment