Thursday, February 20, 2014

Roti Pintal Kacang Merah n Roti Kelapa

Assalamualaikum....al-kisahnya rajin pulak buat roti kebelakangan ni...Ni semua sbb kak ngah yg beli bread maker, teruja nak buat roti untuk en. hubbynya, juga sebab Angah yang keluar belanja pergi kelas buat roti...kita ni pulak yang dah 16 tahun dulu mmg rajin pergi kelas..tapi dulu je buat..lepas tu terperap le resepi dalam fail..dah nak kelabu tulisannya...tak tahan tengok semangat depa..kita pun merajinkan diri mencuba balik roti-roti yg satu masa dulu pernah dibuat. Alhamdulillah skill masih ada..roti pun menjadi...jadi bersemangat pulak nak meroti setiap kali free tak buat kek..

Yang ni roti pertama yang dicuba...skill memintal masih ada...roti pun lembut je. Macam mana nak pintal..yang tu kena tengok sendiri kot..tak pandai nak explain..


Buat roti ni, mmg seronok ..boleh buat macam-macam bentuk....yg penting rotinya lembut..intinya serasi dengan cita rasa sendiri...resepi untuk roti ni SAG guna resepi basic sweet dough yg belajar kat Wah Seng tahun 1998 dulu...resepinya dalam kuantiti yg besar..jadi kalau nak sikit tu..bahagikan kepada jumlah yg dikehendaki....
Bahan;
1 kg high protien flour
200 gm gula
10 gm garam
560 ml (estimate)
15 gm yeast
30 gm susu tepung
100 gm margerin
100 gm telur
Tambahan:  kalau dilihat resepi roti sekarang ni banyak yg gunakan baking powder atau bread improver ..boleh je tambah tak jadi masaalah.
cara;
Campur semua bahan-bahan kering, masukan margerin, telur dan air..Uli hingga rata..licin dan elastik. lebih kurang 12 minit. keluarkan dari mangkuk adunan - rehatkan 20 minit.
Lepas tu bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki - bulat-bulatkan...leperkan ..letak inti ..susun atas try..tunggu hingga kembang..sapu kuning telur yg dicampur susu sikit...bakar ikut oven masing-masing dah cukup masak sapu lagi dengan margerin...angkat susun atas tray.
* Nak bagi tahu juga..resepi dulu-dulu ni, bahagian method tu hanya tertulis 'please see demo'
   kalau kita cekap faham...mudah kita tulis cara dan sebagainya..kalau terlalai atau terbesembang alamat terlepas le tips atas penerangan dari chef tu...
Walaupun macam tu..kerana minat nya nak belajar SAG pergi juga kelas-kelas yg dibuat di kedai Wah Seng ni.
Selamat mencuba..bagi yg nak meroti.

No comments:

Post a Comment