kita semak resepi...sebelum tu terima kasih pada penyumbang resepi Pn. Halimah Shuib. Bahan; 200 gm tepung high protein 25 gm gula castor 5 gm yis rendam dengan setengah cawan air 3 gm bread improver 200 gm air sejuk 10 gm susu tepung 20 gm mentega (cara SAG - susu tepung tak de, gunakan susu manis dikacau dengan air sejuk tu)
cara; 1. campur semua bahan dalam mesen pengadun. uli 10 minit 2. rehatkan 5 minit 3. uli lagi 8 minit 4. rehatkan 5 minit lagi.uli lagi 5 minit 5. keluarkan doh.....kalau ikut resepi asal terus je masuk dalam acuan roti bantal...rehatkan 5 minit dan terus bakar. Yang bahagian ni SAG tak ikut..sbb yg pertama mmg tak de acuan roti bantal, jadi guna kreativiti sendiri bahagikan kepada 10 biji...rehatkan lagi ...dan bakar...bila dah cantik kuningnya keluarkan dari oven,,,sapukan butter cair...
|
No comments:
Post a Comment