Thursday, October 6, 2011

kuih kosui @kasui lapis........rasanya tetap sama



Assalammualaikum semua.......malam tadi sambil-sambil tengok Ehwal Islam (Aduhai Pak Haji...Mak Haji),
kita sempat menyaipkan seloyang kuih kasui ni, kuih yang dah lama tertangguh nak buat, ramai dah yang mencuba, dan tepung ubi, gula melaka pun dah lama sangat beli...ramadhan dulu dah beli....sampailah malam tadi baru jadi kuihnya..Terima kasih kpd kak Rusnah penyumbang resepi...kuihnya mmg sedap...lembut dan manisnya secukup rasa je. ramai yg memuji bila pagi tadi kita rasa ramai-ramai kat kantin sekolah....macam tu le, kita rajin buat je...kat rumah tak de sape pun nak makan so, bawa ke sekolah ramai yg boleh rasa. Minta izin untuk disharekan kat sini, sbb ramai dah yang nak menyalin...
Bahan A.
1 cwn gula
1 cwn air
1 helai daun pandan
Masak semua ni sampai gula larut dan tambah 11/2 cwn lagi air.
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
Ayakkan dulu dan  tuangkan air gula tadi, kemudian diblend atau tapis. ketepikan dulu.

Bahan B.
1 cwn gula melaka (gula merah)
1cwn air
 ! helai daun pandan
Masak semua, tambah 11/2 cwn air dan  tapis.
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
Ayakkan kedua-dua tepung ni, dan tuankan air gula tadi dan blend semuanya.
Dah siap semua boleh lah panaskan kukusan, loyangnya disapu sikit minyak, bila air mendidih boleh mula melapis, mula dgn yg gula merah dulu..dah masak, lapis pula yg warna putih..setiap lapis biar hingga 5 minit.Buat sampai habis...lapisan akhir biarkan hingga 10 minit. Biar betul-betul sejuk baru boleh dipotong.
Satu adunan ni kita gunakan loyang 9 inci bulat, kalau malas melapis boleh juga buat 2 lapisan je, atau tak perlu lapis pun tak pe....
Selamat mencuba...esok Sabtu boleh le buat untuk sarapan atau minum petang keluarga.

No comments:

Post a Comment