Wednesday, July 31, 2013

Dadar gulung...

Assalammualaikum.....kuih berbuka hari ni..kuih senang...buat bonda. Mesti ada kuih manis sebagai kudapan  selepas solat maghrib minumannya teh 'o' nipis kurang manis. Musim sibuk sekarang ni....balik sekolah jam empat lebih...mesti ke kedai beli barang dulu...pusing-pusing sambil fikir nak masak....asalnya nak cari keladi...nak buat pengat keladi pulak...tapi tak de...akhirnya capai sebiji kelapa agak muda...sesuai dibuat inti....cari pula gula melaka...semua ada kat kedai ni....


Sampai rumah solat ...bersegera je ke dapur...belah dan mesen kelapa...(semua buat sendiri - tak de sapa tau nak mesen kelapa tu...)buat inti ...dan sejukkan...Sambil tu masak pula lauk untuk berbuka.pilihan masakan semua kesukaan bonda...dik Lia berbuka ngan muridnya hari ni...dah siap semua baru mula buat ketayap ni...dadar gulung kata bibik bonda....
Resepi dah pernah letak kat blog ni..senang sangat buatnya.

No comments:

Post a Comment