Saturday, July 27, 2013

Talam ubi kayu - tk kak Ani

Assalammualaikum.......entry hari ni..tapi juadah berbuka ramadhan 17 kelmarin. Ubi lagi....Sebenarnya mula-mula kak Ani beri ubi hari tu bonda dan bibik dah pun buat pengat ubi kayu seperiuk...mmg tak berapa nak puas hati...tapi katanya bonda yang suruh buat...bonda yang beri tunjuk ajar....dan kata bibik lagi...bonda risau sangat kalau tengok jam dah pukul 5 petang SAG tak balik lagi dari sekolah......kelmarin cuti sempena Nuzul Quran..pagi lagi  dah ke dapur buat kuih talam ubi kayu ni....sebab lepas tu nak mula pula projek buat biskut raya....

Nak mencari resepi pun senang sangat sekarang ni...walaupun dulu-dulu pernah belajar buat kuih-kuih talam ni, tapi bila masa nak buat...malas nak cari fail resepi...SAG google je dan jumpa resepi ni dr Jurnal Resepi bdaria...banyak kali diulangnya kata sedap...tu yang terus ambil je resepi dari situ...terima kasih ye...Bila projek nak mengukus...periuk kukus TRIO SAG buat hal pulak...kejap-kejap ter off...kalut juga dibuatnya....ingatkan dah tak jadi kuihnya....tapi alhamdulillah cantik je kejadiannya....
Kita semak bahan-bahannya..( Adunan ni untuk tin acuan 10" empat segi)
700 gm ubi kayu yg sudah diparut
100 gm santan pekat
300 ml air
250 gm gula caster/gula halus
----semua bahan ni dicampur dan masak dulu...kemudian kukus 25 minit
Bahan atas/kepala
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 sudu teh garam
200 ml santan pekat ( segar beli dari pasar)
800 mi air
-----bancuh semua bahan ni, tapis dan masak hingga naik wap.
Bila bahagian bawah/ubi dah masak tuangkan bancuhan untuk bahan atas tadi dan kukus lagi 30 minit.
Biarkan betul-betul sejuk baru potong. Nak tau teknik memotong ...melapis dengan plastik...ada je kelas-kelas buat kuih talam ni di Ipoh...Selamat mencuba.
  

No comments:

Post a Comment